Kenapa Batu Tampal Tulen?

Batu tampal tulen keluaran Swarovski dari Austria dan Preciosa dari Republik Czech adalah merupakan batu tampal yang pertama dan kedua terbaik yang boleh didapati di pasaran. Jika anda inginkan kualiti yang terbaik, pastikan anda menggunakan batu tampal Swarovski dan Preciosa.

Ciri-ciri batu tampal Swarovski and Preciosa yang tulen adalah ianya sangat bersinar, potongannya yang sangat kemas serta konsisten, gamnya yang sangat kuat, dan warnanya yang tidak akan pudar atau berubah walaupun usianya mencecah belasan tahun.

Ciri-ciri ini tidak akan didapati jika anda menggunakan batu tampal tiruan keluaran negara China.

Klik Untuk Beli Batu Tampal Tulen →

Jika anda beli batu tampal Swarovski ataupun Preciosa yang tulen anda akan dapati saiz batu akan dipapar dalam bentuk SS.

Apakah itu SS?

SS adalah bermaksud "Stone Size" ataupun Saiz Batu. Jika ada melihat SS, sesetangah pengguna tidah tahu apakah saiz batu yang sebenar. Jika anda inginkan saiz batu yang sebenar anda boleh gunakan jadual dibawah ini bagi menukar SS kepada diameter dalam ukuran milimeter (mm).

Saiz Batu (SS) Diameter Batu(mm)
SS 4 1.50 – 1.70
SS 5 1.70 – 1.90
SS 6 1.90 – 2.10
SS 7 2.10 – 2.30
SS 8 2.30 – 2.50
SS 9 2.50 – 2.70
SS 10 2.70 – 2.90
SS 12 3.00 – 3.20
SS 16 3.80 – 4.00
SS 20 4.60 – 4.80
SS 30 6.30 – 6.50
SS 34 7.00 – 7.30
SS 40 8.35 – 8.65
SS 48 10.95 – 11.25

Jadual ini juga boleh digunakan untuk batu tampal yang tiada gam (non-hotfix).